timo™ sentiasa menekankan kepada kualiti produk, yang merupakan faktor penentu utama bagi kepuasan dan kesetiaan pelanggan. Dalam usaha untuk kita terus mengejar kualiti produk yang terbaik, sebuah makmal kimia telah ditubuhkan dan fungsi utamanya adalah untuk menganalisis pelbagai jenis produk yang dikeluarkan dan juga bahan-bahan mentah. Makmal kimia boleh membantu bahagian QA, makmal penanaman (Cultivation lab) dan bahagian R&D dalam program kawalan kualiti bagi memastikan keselamatan dan kualiti produk dan bahan-bahan mentah sentiasa terjamin.
Makmal kimia komited sepenuhnya untuk membangunkan dan menjalankan analisis kimia dengan menggunakan alat-alat canggih yang berikut.
Atomic Absorption Spectrometri (AAS) dengan Sistem Hidrida
Kehadiran bahan logam berat dalam makanan yang boleh mendatangkan bahaya kesihatan yang serius boleh ditentukan dengan menggunakan teknik AAS. Kami mengesahkan tahap kandungan logam berat seperti plumbum (Pb) dan kadmium (Cd) dengan menggunakan Flame Atomic Absorption Spectrometer, merkuri (Hg) dan arsenik (As) dengan menggunakan Sistem Penjanaan Hidrida. Dengan ini, produk yang keluar dari premis kilang sentiasa menepati spesifikasi ujian kawalan kualiti oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
Sistem Pencernaan Ketuhar Gelombang Mikro
Kami mengapplikasi teknik pencernaan ketuhar gelombang mikro tertutup (closed-vessel microwave digestion technique) untuk penyediaan sampel bagi analisis logam berat. Keupayaan tekanan yang tinggi boleh meningkatkan kualiti dan mengurangkan masa pencernaan dan dengan itu meningkatkan kecekapan analisis sampel AAS.
High-Performance Liquid Chromatography (HPLC)
timo™ Cordyceps stroma (bahan mentah) dari makmal penanaman akan diperiksa kualitinya terlebih dahulu dengan menggunakan kaedah kromatografi untuk menentukan kepekatan bahan-bahan aktif, contohnya cordycepin dan adenosine sebelum digunakan di bahagian pemprosesan. Ini bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti tinggi. Selain daripada itu, bahagian R&D menganalisis tahap kepekatan cordycepin dan adenosine dalam stroma cordyceps secara berterusan dengan menggunakan sistem penghantaran multi-pelarut ini. Dengan ini, stroma cordyceps dengan kualiti dan bahan-bahan aktif yang lebih tinggi boleh dihasilkan bagi mencapai visi produk berkualiti untuk kehidupan yang berkualiti.
ACHIEVEMENTS
HOME | PROFILE | BIOTECHNOLOGY | PRODUCTS | QUALITY ASSURANCE | NEWS & EVENTS | CAREER ZONE | CONTACT US