Pembantu Pengurus Pemasaran |
(Muar – Johor)
DISKRIPSI TUGAS:
Mengenal pasti pasaran sasaran dan menganalisis trend pasaran semasa
Mengkaji keperluan dan kehendak pelanggan serta maklumat persaingan
Merangka dan melaksanakan pelan strategik untuk memenuhi permintaan pelanggan
Mengurus aktiviti bagi mempromosi produk
Perancangan acara, organisasi dan pelaksanaan
Memantau perkembangan aktiviti promosi
Berhubung dengan pihak media berkaitan bagi memastikan liputan yang sesuai
Membangunkan program komunikasi pemasaran yang berkesan
Menulis bahan pemasaran seperti brosur dan laman web
Memantau kempen pemasaran untuk memastikan pelaksanaan yang sesuai
Mengurus belanjawan pemasaran dan memastikan semua aktiviti pemasaran sentiasa menepati belanjawan
Memastikan pengagihan bahan pemasaran secara berkesan
Memantau aktiviti pesaing dan menilai kempen pemasaran
Menulis dan mengedarkan siaran akhbar
Menguruskan penggambaran dan mengemaskini pangkalan data pengemelan
Menjalankan kaji selidik untuk memahami permintaan pelanggan dan menguruskan brand positioning
Menguruskan analisis berkala terhadap usaha pemasaran dan kempen
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Tahap pendidikan: Diploma Minimum / Ijazah / setara dalam bidang perniagaan / bidang yang berkaitan
Pengalaman: Lima (5) tahun pengalaman bekerja dalam industri berkaitan.
Kemahiran: Berpengetahuan / berpengalaman dalam bidang berkaitan.
Pakej yang menarik akan ditawarkan setimpal dengan kelayakan dan pengalaman; bersama-sama dengan peluang yang sangat baik untuk kemajuan kerjaya bagi calon-calon dengan sifat-sifat peribadi yang bagus dan rekod kerjaya yang cemerlang.
Calon yang berminat adalah dipelawa untuk menghantar CV dengan menyatakan jangkaan gaji dan tarikh boleh mula berkhidmat, bersama-sama dengan gambar berukuran passport ke email: info@biofactlife.com / Fax: 06-987 5788. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.
ACHIEVEMENTS
HOME | PROFILE | BIOTECHNOLOGY | PRODUCTS | QUALITY ASSURANCE | NEWS & EVENTS | CAREER ZONE | CONTACT US